BIL | KATEGORI | KETERANGAN | SYARAT | DOKUMEN |
1. | IMPORT | Lesen ini wajib kepada syarikat atau orang yang menjalankan aktiviti import Ikan atau hasilan ikan dan berurusniaga di tempat yang telah didaftarkan di bawah Kaedah 3(2) Kaedah – Kaedah Pemasaran Ikan 2010. | Pemohon mestilah Warganegara Malaysia. Syarikat pemohon hendaklah berdaftar dalam Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat diatas nama pemilik syarikat atau salah seorang Pengarah Syarikat. Mempunyai modal kewangan yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan bagi permohonan kategori ikan sejuk beku. Mempunyai kemudahan perniagaan yang bersesuaian berdasarkan kategori ikan yang dipohon. (Sila rujuk syarat kemudahan seperti di Jadual 1) | Satu Salinan Kad Pengenalan Satu keping gambar berukuran pasport (warna biru). Penyata bank dengan modal kewangan RM100,000.00 bagi kategori ikan sejuk beku. Dokumen SSM (Sila rujuk Jadual 2). Dokumen pemilikan untuk kemudahan perniagaan berdasarkan Jadual 2. Surat dari Jabatan Perikanan bagi kategori ikan hidup. |
2. | EKSPORT | Lesen ini wajib kepada syarikat atau orang yang menjalankan aktiviti eksport Ikan atau hasilan ikan dan berurusniaga di tempat yang telah didaftarkan di bawah Kaedah 3(2) Kaedah – Kaedah Pemasaran Ikan 2010. | Pemohon mestilah Warganegara Malaysia. Syarikat pemohon hendaklah berdaftar dalam Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat diatas nama pemilik syarikat atau salah seorang Pengarah Syarikat. Mempunyai modal kewangan yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan bagi permohonan kategori ikan sejuk beku. Mempunyai kemudahan perniagaan yang bersesuaian berdasarkan kategori ikan yang dipohon. (Sila rujuk syarat kemudahan seperti di Jadual 1) | Satu Salinan Kad Pengenalan Satu keping gambar berukuran pasport (warna biru). Penyata bank dengan modal kewangan RM100,000.00 bagi kategori ikan sejuk beku. Dokumen SSM (Sila rujuk Jadual 2). Dokumen pemilikan untuk kemudahan perniagaan berdasarkan Jadual 2. Surat dari Jabatan Perikanan bagi kategori ikan hidup. |
3. | PROSES | Lesen ini wajib kepada syarikat atau orang yang memproses ikan di bawah Kaedah 6(1) Kaedah – Kaedah Pemasaran Ikan 2010. | Pemohon mestilah Warganegara Malaysia. Syarikat pemohon hendaklah berdaftar dalam Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat diatas nama pemilik syarikat atau salah seorang Pengarah Syarikat. Mempunyai kemudahan perniagaan yang bersesuaian berdasarkan kategori ikan yang dipohon. (Sila rujuk syarat kemudahan seperti di Jadual 1) | Satu Salinan Kad Pengenalan Satu keping gambar berukuran pasport (warna biru). Dokumen SSM (Sila rujuk Jadual 2). Dokumen pemilikan untuk kemudahan perniagaan berdasarkan Jadual 2. Surat dari Jabatan Perikanan bagi kategori ikan hidup. |
4. | BORONG | Lesen ini wajib kepada syarikat atau orang yang berurusniaga (Pasar borong & Kompleks LKIM) di tempat yang telah diwartakan di bawah Kaedah 3(1) Kaedah – Kaedah Pemasaran Ikan 2010. | Pemohon mestilah Warganegara Malaysia. Syarikat pemohon hendaklah berdaftar dalam Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat diatas nama pemilik syarikat atau salah seorang Pengarah Syarikat. Mempunyai kemudahan perniagaan yang bersesuaian berdasarkan kategori ikan yang dipohon. (Sila rujuk syarat kemudahan seperti di Jadual 1) Mesti mempunyai lot niaga di dalam Kompleks LKIM atau di Pasar Borong. Telah mendapat surat kebenaran / sokongan dari Pengurusan Kompleks LKIM. Pemilik lot niaga di pasar borong. | Satu Salinan Kad Pengenalan Satu keping gambar berukuran pasport (warna biru). Dokumen SSM (Sila rujuk Jadual 2). Dokumen pemilikan untuk kemudahan perniagaan berdasarkan Jadual 2. Surat dari Jabatan Perikanan bagi kategori ikan hidup. Satu salinan surat sokongan / Kebenaran Pengurusan Kompleks LKIM. Salinan pemilikan sewaan lot niaga di pasar borong. |
5. | LELONG | Lesen ini wajib kepada syarikat atau orang yang berurusniaga (Pasar borong & Kompleks LKIM) di tempat yang telah diwartakan di bawah Kaedah 3(1) Kaedah – Kaedah Pemasaran Ikan 2010. | Pemohon mestilah Warganegara Malaysia. Syarikat pemohon hendaklah berdaftar dalam Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat diatas nama pemilik syarikat atau salah seorang Pengarah Syarikat. Mempunyai kemudahan perniagaan yang bersesuaian berdasarkan kategori ikan yang dipohon. (Sila rujuk syarat kemudahan seperti di Jadual 1) Telah mendapat surat kebenaran / sokongan dari Pengurusan Kompleks LKIM. | Satu Salinan Kad Pengenalan Satu keping gambar berukuran pasport (warna biru). Salinan kad pengenalan. Dokumen SSM (Sila rujuk Jadual 2). Dokumen pemilikan untuk kemudahan perniagaan berdasarkan Jadual 2. Satu salinan surat sokongan / Kebenaran Pengurusan Kompleks LKIM. |
6. | RUNCIT | Lesen ini wajib kepada peruncit yang berurusniaga (membeli ikan didalam Kompleks LKIM) di tempat yang telah diwartakan di bawah Kaedah 3(1) Kaedah – Kaedah Pemasaran Ikan 2010. | Pemohon mestilah Warganegara Malaysia. Syarikat pemohon hendaklah berdaftar dalam Malaysia. Mempunyai kemudahan perniagaan yang bersesuaian berdasarkan kategori ikan yang dipohon. (Sila rujuk syarat kemudahan seperti di Jadual 1) Telah mendapat surat kebenaran / sokongan dari Kompleks LKIM. | Satu Salinan Kad Pengenalan Satu keping gambar berukuran pasport (warna biru). Dokumen pemilikan untuk kemudahan perniagaan berdasarkan Jadual 2. Satu salinan surat sokongan /Kebenaran Pengurus Kompleks. |
7. | LESEN KEBENARAN SEMENTARA | Lesen ini diberikan kepada individu, syarikat, pertubuhan, Jabatan atau Agensi untuk membawa masuk ikan bagi tujuan penyelidikan, pameran, kajian, persampelan, percubaan pasaran dan lain – lain tujuan yang difikirkan perlu selaras dengan Kaedah 24 (2), Kaedah – Kaedah Pemasaran Ikan 2010. | Pemohon mestilah Warganegara Malaysia. Syarikat pemohon hendaklah berdaftar dalam Malaysia. Permohonan bagi tujuan penyelidikan, pameran, kajian, persampelan, percubaan pasaran dan lain – lain tujuan yang difikirkan perlu oleh LKIM. Permohonan hendaklah dibuat 14 hari sebelum tarikh kemasukan. | Surat permohonan yang merangkumi: i. Tujuan permohonan ii. Punca Bekalan iii. Kuantiti iv. Pintu masuk v. Jenis Barang/produk vi. Tarikh diperlukan Dokumen sokongan yang diperlukan i. Packaging List ii. Bil of Landing/Airway Bill iii. Invoice iv. Borang Kastam
|